Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”

Oleh Zamri Nanyan
Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.
Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.
Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka. Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa. Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam
Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/zamclara06 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Friday, October 30, 2009

Duit PayPal kini boleh dikeluarkan di Bank Malaysia.

Kini Duit Paypal boleh dikeluarkan atau di transfer ke bank-bank di Malaysia.....semoga ini memudahkan dan membakar semangat dalam perniagaan internet melibatkan transaksi Paypal. Sila lihat video dari Sifu Lan.



Ikhlas,
ZAM

Tuesday, October 27, 2009

Apa Maksud Skim Cepat Kaya Internet?

Oleh Zamri Nanyan



“Skim Cepat Kaya” mengikut apa yang diterangkan di dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah “skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”.Skim bermaksud rancangan.Pelaburan pula ialah menempatkan (wang) untuk satu kegunaan, seperti membeli saham di dalam syarikat, untuk menghasilkan keuntungan.Definasi yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pula ialah:
“Apakah Skim Cepat Kaya?Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.”Dipetik dari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=457&ac=551&lang=bm
Di samping itu, BNM juga memberikan garis panduan untuk mengenali sebuah skim cepat kaya di mana pelbagai soalan dan jawapan sudahpun dipaparkan di laman web di atas.Namun, masih ramai yang keliru dengan maksud skim cepat kaya itu sendiri. Maka, tak hairanlah mereka yang ingin menyertai sebarang program yang jauh sekali bukan skim cepat kaya pun takut untuk menyertainya. Yang sudah menyertai skim cepat kaya pula tak sedar yang mereka berada dalam sistem yang menyalahi undang-undang.Selepas saya hasilkan artikel ini, saya pasti masih ada yang tidak akan bersetuju dengan beberapa pendapat saya dan menganggap saya memanipulasikan ayat untuk kepentingan program yang saya promosikan. Golongan ini tidak akan bersetuju langsung dengan sebarang pendapat saya ataupun pendapat pakar di luar sana. Bagi mereka – mereka sahaja yang betul.
Terma skim cepat kaya ini lebih mudah dilabelkan kepada program internet, lebih-lebih lagi jika program tersebut ialah sebuah program berbilang tingkat. Ironinya, program berbilang tingkat ini pula didefinasikan sebagai program yang mempunyai 3 tingkat ke atas. Jika ianya sebuah program affiliate yang dua tingkat, ianya bukan program berbilang tingkat. Pelik, bukan?Kebanyakan orang tidak menghalusi sendiri maksud “Skim Cepat Kaya” dan terus melatah selepas melihat sebuah program yang mempunyai sistem berbilang tingkat (atau program MLM). Saya tidak salahkan anda jika anda salah seorang daripadanya. Mungkin minda anda belum lagi terbuka kepada program berbilang tingkat yang telah disarankan oleh ramai usahawan, jutawan terbilang seperti Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Mungkin anda tersilap ambil nasihat daripada orang yang tidak sewajarnya anda turuti.Sebagai contoh, jika diambil dalam konteks perniagaan internet, jika seseorang menerbitkan sebuah ebook dan menjana RM100,000 dalam masa 3 hari hasil jualan ebook tersebut, ini bermaksud “pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”. Adakah ini sebuah skim cepat kaya?Jika anda menggunakan servis daripada eTrade atau Ameritrade untuk melabur di dalam saham Nasdaq dan Dow Jones, dan anda jumpa cara mudah untuk menjana pendapatan ribuan ringgit setiap hari, adakah servis ini boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya kerana adanya perkataan “pelaburan” dan “keuntungan segera” di dalam bisnes jual-beli saham melalui internet ini?
Bagi saya, sekiranya anda mengeluarkan wang ke dalam syarikat yang tidak memberikan sebarang servis atau produk, atau produk yang ditawarkan adalah meragukan dan tak masuk akal, kemudian anda dijanjikan dengan pulangan lumayan yang anda sendiri tidak tahu dari mana komisyen itu dikeluarkan, maka itulah definasi skim cepat kaya bagi saya.Jika anda mengeluarkan wang untuk mendapatkan servis (perkhidmatan) atau produk daripada sesebuah syarikat, dan anda mendapat komisyen jika anda memperkenalkan servis ini kepada orang lain yang akhirnya menjadi pelanggan baru di dalam syarikat tersebut, itu bukanlah sebuah skim cepat kaya.Sudah tentulah servis dan produk yang saya maksudkan di sini ialah servis atau produk yang masuk akal; bukannya produk seperti makanan angkasawan atau air sejuk biasa yang dijual pada harga secawan teh tarik di hotel 5 bintang.Anda sertai syarikat tersebut kerana anda boleh gunakan servis atau produk mereka. Komisyen hasil mendapatkan pelanggan pula adalah pendapatan anda. Begitu juga komisyen daripada kumpulan ahli pemasaran yang anda bimbing dan bantu.

Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam
Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/zamclara06 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


LAPORAN PERCUMA MD3GLOBAL

Isikan Data di Bawah untuk Download sekarang: