Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Apa Maksud Skim Cepat Kaya Internet?

Oleh Zamri Nanyan



“Skim Cepat Kaya” mengikut apa yang diterangkan di dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah “skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”.Skim bermaksud rancangan.Pelaburan pula ialah menempatkan (wang) untuk satu kegunaan, seperti membeli saham di dalam syarikat, untuk menghasilkan keuntungan.Definasi yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pula ialah:
“Apakah Skim Cepat Kaya?Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.”Dipetik dari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=457&ac=551&lang=bm
Di samping itu, BNM juga memberikan garis panduan untuk mengenali sebuah skim cepat kaya di mana pelbagai soalan dan jawapan sudahpun dipaparkan di laman web di atas.Namun, masih ramai yang keliru dengan maksud skim cepat kaya itu sendiri. Maka, tak hairanlah mereka yang ingin menyertai sebarang program yang jauh sekali bukan skim cepat kaya pun takut untuk menyertainya. Yang sudah menyertai skim cepat kaya pula tak sedar yang mereka berada dalam sistem yang menyalahi undang-undang.Selepas saya hasilkan artikel ini, saya pasti masih ada yang tidak akan bersetuju dengan beberapa pendapat saya dan menganggap saya memanipulasikan ayat untuk kepentingan program yang saya promosikan. Golongan ini tidak akan bersetuju langsung dengan sebarang pendapat saya ataupun pendapat pakar di luar sana. Bagi mereka – mereka sahaja yang betul.
Terma skim cepat kaya ini lebih mudah dilabelkan kepada program internet, lebih-lebih lagi jika program tersebut ialah sebuah program berbilang tingkat. Ironinya, program berbilang tingkat ini pula didefinasikan sebagai program yang mempunyai 3 tingkat ke atas. Jika ianya sebuah program affiliate yang dua tingkat, ianya bukan program berbilang tingkat. Pelik, bukan?Kebanyakan orang tidak menghalusi sendiri maksud “Skim Cepat Kaya” dan terus melatah selepas melihat sebuah program yang mempunyai sistem berbilang tingkat (atau program MLM). Saya tidak salahkan anda jika anda salah seorang daripadanya. Mungkin minda anda belum lagi terbuka kepada program berbilang tingkat yang telah disarankan oleh ramai usahawan, jutawan terbilang seperti Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Mungkin anda tersilap ambil nasihat daripada orang yang tidak sewajarnya anda turuti.Sebagai contoh, jika diambil dalam konteks perniagaan internet, jika seseorang menerbitkan sebuah ebook dan menjana RM100,000 dalam masa 3 hari hasil jualan ebook tersebut, ini bermaksud “pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”. Adakah ini sebuah skim cepat kaya?Jika anda menggunakan servis daripada eTrade atau Ameritrade untuk melabur di dalam saham Nasdaq dan Dow Jones, dan anda jumpa cara mudah untuk menjana pendapatan ribuan ringgit setiap hari, adakah servis ini boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya kerana adanya perkataan “pelaburan” dan “keuntungan segera” di dalam bisnes jual-beli saham melalui internet ini?
Bagi saya, sekiranya anda mengeluarkan wang ke dalam syarikat yang tidak memberikan sebarang servis atau produk, atau produk yang ditawarkan adalah meragukan dan tak masuk akal, kemudian anda dijanjikan dengan pulangan lumayan yang anda sendiri tidak tahu dari mana komisyen itu dikeluarkan, maka itulah definasi skim cepat kaya bagi saya.Jika anda mengeluarkan wang untuk mendapatkan servis (perkhidmatan) atau produk daripada sesebuah syarikat, dan anda mendapat komisyen jika anda memperkenalkan servis ini kepada orang lain yang akhirnya menjadi pelanggan baru di dalam syarikat tersebut, itu bukanlah sebuah skim cepat kaya.Sudah tentulah servis dan produk yang saya maksudkan di sini ialah servis atau produk yang masuk akal; bukannya produk seperti makanan angkasawan atau air sejuk biasa yang dijual pada harga secawan teh tarik di hotel 5 bintang.Anda sertai syarikat tersebut kerana anda boleh gunakan servis atau produk mereka. Komisyen hasil mendapatkan pelanggan pula adalah pendapatan anda. Begitu juga komisyen daripada kumpulan ahli pemasaran yang anda bimbing dan bantu.

Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam
Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/zamclara06 untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


Friday, October 16, 2009

Tentang Kehebatan Perniagaan Internet...


Salam,

Kini, ramai yang tidak suka menjalankan perniagaan part time secara tradisional.
Antara faktor-faktornya:
- tidak suka hadir meeting
- sibuk dengan pekerjaan tetap
- menganggu masa bersama keluarga
- takut terkena dengan skim penipuan
- tidak mahu memberikan komitmen
- kurang masa untuk berehat
- risiko penyakit yang menjadi-jadi sekarang
- takut terperangkap dan tidak sampai hati to say "NO"
- tidak suka terpesona dengan orang-orang yang pandai cakap
- kawan yang mengajak memang kaki bizz, berjenis2 dah bizz dia buat
- selalu kerugian berdasarkan pengalaman yang lalu

Namun, segala- galanya telah berubah. Kini ICT telah mengubah cara kita berniaga part time. Kita tidak perlu lagi mengharungi perkara- perkara di atas.

Apa yang penting dengan kemajuan ICT di negara kita, kita mendapat kelebihan seperti:

- tidak perlu hadir meeting, boleh bekerja dari rumah
- sentiasa bersama keluarga di rumah, boleh di lakukan sambil menonton tv bersama mereka
- komitmen yang rendah, masa yang diperuntukan adalah sedikit
- boleh dilakukan secara automatic, biar sistem bekerja untuk anda
- terdedah kepada berjuta-juta bakal pelanggan, 24 jam tiap- tiap hari
- tidak menganggu pelanggan dan pelanggan tidak rasa terpaksa dengan kita
- kaedah yang terbukti dan ada bukti kejayaan dengan cara yang dilakukan
- tidak terdedah kepada risiko penyakit seperti H1N1
- modal dan kos yang amat rendah, tiada risiko untuk kerugian.
- dapat meluangkan masa untuk perkara- perkara lain yang lebih mustahak.

Oleh itu, jika anda berminat untuk melakukan perniagaan anda, tak kiralah perniagaan apa-apapun, anda boleh menyertai ataupun melanggani perniagaan ini. Ini adalah domains dan webhosting provider bersama-sama dengan sistem affiliate terbaik di dunia.
Sertailah sekarang.

Bersambung lagi nanti. Terima kasih.

Ihklas,

ZAM

LAPORAN PERCUMA MD3GLOBAL

Isikan Data di Bawah untuk Download sekarang: